Wednesday, June 20, 2012

Bulan Syaaban



Sabda Nabi S.A.W:
"Apabila masuk bulan Syaaban baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihan ku atas kamu"
"Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku, Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan adalah menyucikan dosa" 

Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban diharamlan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Yusuf didalam syurga. Di beri pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud.
Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, di mudahkan Allah Sakrotulmaut dan di tolakkan (terlepas) daripada kegelapan didalam kubur, di lepaskan dari huru hara Munkar dan Nankir, ditutup oleh Allah keaibannya di hari Qiamat,  dan diwajibkan Syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari Khamis bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban dimasukkan dia ke dalam Syurga.

Berkata Siti Aisyah r.a:
"Bulan yang di kasihi oleh Rasulallah S.A.W adalah bulan Syaaban"


No comments: