Tuesday, December 11, 2012

Balasan meninggalkan solat Fardhu

Solat Subuh ----->  dimasukkan kedalam neraka selam 30tahun
Solat Zohor ----->  seperti membunuh 1000orang umat islam
Solat Asar  ------>  seperti meruntuhkan Kaabah
Solat Maghrib ---> seperti berzina dengan ibu bapa
Solat Isyak  -----> Allah swt tidak redha tinggal dibumiNya,makam dan minum rezekiNya

Tuesday, November 27, 2012

Tidur disiang hari


Rahsia Surah Al-Kautsar


Surah Al Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Sunday, September 30, 2012

Pemasangan Langsir, Pelekat Di Cermin Kenderaan Adalah Dilarang


Pemasangan Langsir, Pelekat Di Cermin Kenderaan Adalah Dilarang


MEMASANG langsir dan pelekat pada tingkap kenderaan adalah satu kesalahan dan amalan ini boleh menyebabkan pemilik kenderaan dipenjara jika mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah.
Walaupun langsir digunakan untuk melindungi pemandu dan penumpang daripada silau dan haba matahari, ramai yang tidak sedar bahawa memasangnya adalah satu kesalahan.
Pemasangan langsir hanya dibenarkan pada bas, 'caravan' dan van yang digunakan untuk membawa pelajar sekolah.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Yusoff Ayob berkata pemilik kenderaan yang memasang langsir atau pelekat telah melakukan satu kesalahan.
"Kesalahan ini membawa hukuman denda yang berat dan hukuman penjara.
"Ramai yang tidak menyedarinya.
"Kebanyakan mereka yang telah dikeluarkan saman membuat kesalahan kali pertama," katanya.
Yusoff menambah terdapat hanya beberapa saman yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berkaitan dengan langsir.
"Pengguna kenderaan dibenarkan untuk menggunakan pelindung cahaya atau tuala pada tingkap kereta untuk menghalang matahari.
"Ini dibenarkan kerana pelindung dan tuala tidak kekal dan boleh dikeluarkan apabila diperlukan. Pelekat dan langsir dipasang kekal dan menghalang pandangan pemandu," kata Yusoff.
Beliau menambah jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 dan  atau penjara tidak melebihi dua minggu untuk kesalahan pertama.
Bagi kesalahan berikutnya, pemandu ingkar boleh didenda tidak melebihi RM1,000 dan / atau penjara tidak melebihi satu bulan.
Kaedah 4(1) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa langsir, bidai atau bahan lain tidak boleh dipasang dalam kenderaan bermotor untuk melindungi bahagian dalam kenderaan itu.
Kaedah 5(1) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi 70 peratus manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50 peratus.
Yusoff berkata pengeluar kereta Malaysia telah menetapkan 15 peratus standard penghalang cahaya, yang membolehkan 85 peratus cahaya matahari memasuki tingkap.
"Kami tidak menerima sebarang aduan berkaitan pemasangan pelekat penghadang cahaya tingkap secara haram daripada pengeluar tempatan. Kami hanya menghadapi masalah ini terhadap kenderaan 'recon' atau diimport," katanya.
 MSTAR

Wednesday, September 19, 2012

Duduk antara 2 sujud


TAHUKAH ANDA....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Monday, September 3, 2012

DAMAK: 10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

DAMAK: 10 WASIAT HASSAN AL-BANNA: 1. Apabila terdengar azan, segeralah mendirikan solat. 2. Rajin-rajinlah membaca al-Quran, buku-buku, dengar perkara yang baik-baik,...

Monday, August 13, 2012

Sunday, July 29, 2012

Bersin



Rahsia kebijaksanaan perkataan  "Alhamdullilah" selepas bersin.

Tuesday, July 24, 2012

JJCM Sukhumvit Kampung Baru

Jom kita makan masakan Thailand. Restoran Sukhumvit Jalan Dato Abdul Malik Kampung Baru KL .

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H


Selamat berpuasa 1433H - 21Julai 2012 (Sabtu) kepada seluruh umat islam semoga kita semua dapat menunaikan rukun islam yang ke3 ini dengan sebaik-baiknya.Mohon ampun segala salah dan silap.