Syeikh Nuruddin Al Banjari ditanya antara Adab dan Ilmu mana lebih utama didahulukan?
Kemudian Syeikh Nuruddin mengambil satu Hadith Nabi ﷺ , Hadith ke 2 didalam Kitab Hadith 40 Imam An Nawawi رحمه الله . Yang di riwayatkan dari Sayyidina Umar bin al Khattab.
Kata Sayyidina Umar, Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah ﷺ pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir ﴾ tidak berdebu ﴿ dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi ﷺ lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas diatas paha( duduk iftirash macam tahaiyat awwal ).
Kata Syeikh Lagi, hendak menuntut ilmu, pakaian mesti bersih, wangi, duduk jangan sampai menunjukkan kaki dihadapan Orang yang menyampaikan Ilmu, jangan bermain handphone. Duduk sebegini, Para Salafusolleh dan sahabat buat begini belajar daripada Sayidina Jibril dan Rasulallah ﷺ .kemudian selepas beradab barulah Jibril bertanyakan tentang Islam, Iman dan Ihsan.
Kemudian. . Baginda Nabi ﷺ bertanya Umar, kamu tahu siapa dia tadi?
Umar : Allah dan Rasulnya lebih mengetahui.
Jawab Nabi ﷺ " Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu "
Ini menunjukkan Adab lebih utama dari Ilmu. Wallahu'alam #PONDOK#HABIB
Sunday, October 12, 2014
Friday, October 10, 2014
Thursday, October 9, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)